Happy Birthday..

Selamat Hari Lahir kepada Cikgu Halilah…
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
dan sihat-sihat selalu di samping keluarga tercinta..

Comments (5) »

Selamat Hari Lahir

besday

Warga SMKPNZ mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada
En Amran b. Ibrahim ( GKMP Sains & Matematik ).
Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan
sentiasa diberkati oleh Allah SWT..Amin…..

Comments (7) »

Program PMR Gemilang

Semua pelajar dari tingkatan tiga dikumpulkan di Dewan Gemilang bagi satu sesi motivasi yang dipengerusikan oleh Guru-Guru Motivasi SMKPNZ sendiri. Mereka ini akan berkongsi maklumat serta menyuntikkan semangat pelajar sekolah ini untuk terus berusaha demi satu kejayaan yang membanggakan kelak.

Bersama-samalah kita warga SMKPNZ serta PIBG mendoakan kejayaan anak-anak didik kita.

Leave a comment »

Perjumpaan Pengetua dengan Ibu Bapa Pelajar

Satu Majlis Perjumpaan Pengetua dengan Ibu Bapa & Pelajar Elit PMR & SPM telah diadakan pada hari ini bermula jam 9 pagi bertempat di Dewan Gemilang SMKPNZ.  Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk berkongsi masalah dan harapan serta sesi soal jawab ibu bapa, pelajar dan guru-guru.  Perjumpaan yang adakan ini merupakan majlis yang menjadi agenda wajib Projek Kecemerlangan SPM & PMR untuk meningkatkan kecemerlangan pencapaian dalam PMR dan  SPM. 

Harapan sekolah semoga perjumpaan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan sekali gus dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Leave a comment »

Majlis Sukan SMKPNZ-Sukantara 2007

Sukantara SMKPNZ sudah selesai…..empat acara telah dipertandingkan iaitu acara 100m,lompat pagar,lompat tinggi dan lontar peluru. Semua pelajar terlibat dan sambutan mereka amat membanggakan pihak sekolah.

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah menggembleng tenaga menjayakan sukantara ini.

Comments (14) »

SUKANTARA 2007

Satu acara sukan antara rumah iaitu rumah kuning,biru,hijau dan merah akan berlangsung pada 01hb Mac 2007  bertempat di padang sekolah. Setiap pemenang bagi acara yang dipertandingkan akan dipilih  mewakili ke peringkat daerah. Semua pelajar dan guru diminta memberi sokongan padu bagi menjayakan acara sukantara SMKPNZ.

Sekian,

BADAN SIHAT MINDA CERGAS

Leave a comment »

Selamat Datang..

Selamat datang ke laman Buletin SMKPNZ…

Buletin SMKPNZ merupakan wadah untuk menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini kepada warga SMKPNZ, ibu bapa dan  masyarakat..

Comments (8) »