Archive for Umum

PERTANDINGAN KAWAD KOR KADET POLIS DAERAH BESUT

Pada 7 hb mei 2007 telah diadakan Pertandingan Kawad Kor Kadet Polis sekolah-sekolah menengah daerah Besut.  Sekolah Menengah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah telah terpilih sebagai tuan rumah untuk tujuan pertandingan tersebut.  Program ini merupakan program anjuran IPD dan PPD Besut.  Dalam pertandingan kawad ini, SMK Permaisuri Nur Zahirah telah muncul sebagai Johan kawad bagi  kategori perempuan dan SMK Kuala Besut pula telah muncul sebagai Johan kawad bagi kategori lelaki. Manakala bagi kategori kawad individu Nur Aqlilirina Mohd Sidek muncul sebagai Johan kawad dan Nur Shelly Shuhada Abdul Razak pula memenangi tempat ke-9.  Kedua-dua mereka ialah merupakan pelajar SMKPNZ.  Sekalung tahniah untuk warga SMKPNZ.

Semoga dengan kemenangan ini SMKPNZ terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Insyallah

Comments (4) »

Happy Birthday..

4 Mei – Siti Aminah bt Ag Ahmad

7 Mei – Zulkifli b. Abdullah

12 Mei – Mohd Ramlan b. Murudin

17 Mei – Amir Azha b. Yusof

21 Mei – Siti Khalijah bt Mohd Yusof

23 Mei – Tahar b. Mat

24 Mei – Rossalina bt Abdullah

29 Mei – Ruslina bt Ali

Comments (18) »

Happy Birthday..

happy birthday

Selamat Hari Lahir kepada Pn Haliza Abdullah..
Semoga panjang umur, murah rezeki…

Comments (7) »

Happy Birthday

Selamat Hari Jadi kepada Pn Nor Ba’yah…
Semoga ceria-ceria selalu

Comments (3) »

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1428H

“INSAN CEMERLANG UMMAH TERBILANG”, itulah kata-kata hikmat yang dilaungkan untuk semua umat islam bagi terus memperingati kebesaran ALLAH(swt) dan Rasul Junjungan Kita, Muhammad(saw).

Hari ini Selasa 10.04.07 merupakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Semoga dengan majlis yang tidak seberapa yang dilaksanakan di SMKPNZ dapat memguatkan lagi ingatan para pelajar akan sambutan-sambutan yang perlu diraikan bagi mereka tidak terus alpa dengan duniawi.

Terima Kasih daun keladi kepada para guru dan semua yang terlibat . Harapan agar di lain masa, majlis seumpama ini dapat dilaksanakan sepanjang hari persekolahan berkenaan bagi mengukuhkan lagi keberkesanan majlis ini dengan pengisian yang lebih menarik.

Terima Kasih dan bersama-samalah kita sentiasa berdoa agar kehidupan kita berserta dengan keredhaan Yang Maha Kuasa. Insya’allah. Amin.

Leave a comment »

Happy Birthday..

Selamat Hari Lahir kepada Cikgu Halilah…
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
dan sihat-sihat selalu di samping keluarga tercinta..

Comments (5) »

Selamat Hari Lahir

besday

Warga SMKPNZ mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada
En Amran b. Ibrahim ( GKMP Sains & Matematik ).
Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan
sentiasa diberkati oleh Allah SWT..Amin…..

Comments (7) »