Archive for Kurikulum

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1428H

“INSAN CEMERLANG UMMAH TERBILANG”, itulah kata-kata hikmat yang dilaungkan untuk semua umat islam bagi terus memperingati kebesaran ALLAH(swt) dan Rasul Junjungan Kita, Muhammad(saw).

Hari ini Selasa 10.04.07 merupakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Semoga dengan majlis yang tidak seberapa yang dilaksanakan di SMKPNZ dapat memguatkan lagi ingatan para pelajar akan sambutan-sambutan yang perlu diraikan bagi mereka tidak terus alpa dengan duniawi.

Terima Kasih daun keladi kepada para guru dan semua yang terlibat . Harapan agar di lain masa, majlis seumpama ini dapat dilaksanakan sepanjang hari persekolahan berkenaan bagi mengukuhkan lagi keberkesanan majlis ini dengan pengisian yang lebih menarik.

Terima Kasih dan bersama-samalah kita sentiasa berdoa agar kehidupan kita berserta dengan keredhaan Yang Maha Kuasa. Insya’allah. Amin.

Advertisements

Leave a comment »

Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 & 18 tahun

Satu pertandingan Bola Tampar telah dijalankan di Sek Menengah Teknik, Besut baru-baru ini. Pertandingan ini bermula dari 2hb hingga 4hb April. SMKPNZ telah bertanding dengan SMKAWA pada 2hb April tetapi nasib tidak menyebelahi SMKPNZ. Hari ini, SMKPNZ akan bermain dua perlawanan.

Harapan kami warga SMKPNZ agar hari ini adalah hari bertuah kita.Tahniah dan terima kasih di atas segala daya usaha dan penat lelah para guru yang terlibat.

Maju Sukan Untuk Sekolah Dan Negara.

Leave a comment »

PENCAPAIAN SPM YANG MAKIN CEMERLANG

Keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini, telah membanggakan Pihak Sekolah SMKPNZ kerana peningkatan pencapaian  dari segi memperolehi ‘A’,seramai 16 orang pelajar telah mencapai keputusan yang baik. Pelajar, NurFathin binti Muhhamad Zain merupakan pelajar yang memperolehi 7A daripada 10 matapelajaran, 4A1 dan 3A2.

Segunung Tahniah dan sekalung Terima Kasih diatas daya usaha serta kesungguhan para guru terutamanya yang terlibat dengan pelajar-pelajar SPM. Kecemerlangan mereka adalah hasil tunjuk ajar dan keikhlasan para guru yang sentiasa membimbing.

Teruskan usaha murni anda..setiap yang baik itu ada ganjarannya..meriahkan lagi pencapaian bagi tahun 2007.

Comments (4) »

Perjumpaan Pengetua dengan Ibu Bapa Pelajar

Satu Majlis Perjumpaan Pengetua dengan Ibu Bapa & Pelajar Elit PMR & SPM telah diadakan pada hari ini bermula jam 9 pagi bertempat di Dewan Gemilang SMKPNZ.  Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk berkongsi masalah dan harapan serta sesi soal jawab ibu bapa, pelajar dan guru-guru.  Perjumpaan yang adakan ini merupakan majlis yang menjadi agenda wajib Projek Kecemerlangan SPM & PMR untuk meningkatkan kecemerlangan pencapaian dalam PMR dan  SPM. 

Harapan sekolah semoga perjumpaan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan sekali gus dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Leave a comment »